Selamat datang ke blog ini, ianya tentang cinta, kesedihan, tips mengenai cinta, keluarga, dan ianya tentang kita! Tinggalkan komen anda di setiap entri dengan pertanyaan. Terima kasih.

Hari Valentine : Tips Meraikan Bersama Si Dia

Sudah tentu para pembaca yang mempunyai teman wanita / teman lelaki berfikir-fikir bagaimana nak meraikan Valentine's Day ni dengan penuh bermakna kan? Mungkin ada yang terfikir nak pergi bercuti untuk bersama si dia atau mungkin juga ada yang sudah merancang untuk mengkhaskan 14 Februari ini hanya untuk si dia. Tapi sayang sekali, sebab hari valentine jatuh pada hari Isnin iaitu hari pertama bekerja. Kalau ada yang betul-betul sayang dan cintakan kekasih anda, ambil la MC ye. Woopss, saya tak menggalakkan, tapi apa salahnya setahun sekali, kan? Ahah.


Raikan hari penuh bermakna ini dengan penuh kejutan. Wahh, macam iklan lak en :) Hari Valentine ni biasanya sinonim dengan coklat, bunga, kad ucapan cinta, dan juga e-mail untuk yang tersayang. Tapi disebabkan laman sosial sekarang seperti Facebook dan Twitter memudahkan penggunanya untuk meng-hapdate status sesuka hati, maka akan adalah status seperti ini, "Happy Valentine's Day kawan-kawan". Hahaha, dah macam hari raya aidilfitri dah. Betul tak?

Back to topic, cukuplah sekadar mengucapkan kepada dia ayat yang penuh bermakna atau mungkin juga kad ucapan cinta dengan penuh ikhlas untuk membuktikan cinta anda. Atau mungkin juga, anda ingin menghadiahkan sesuatu seperti rantai, cincin atau pun yang sewaktu dengannya tanda anda memiliki hati kekasih anda. Ahah, menarik kan? Anda boleh juga menghadiahkan coklat ataupun cupcakes yang comel-comel kepada kekasih anda dan nikmati saat indah bersama menikmati cupcakes yang hanya rasa manis sahaja (encik admin paling tak minat cupcakes).

Bagi encik admin, bunga hanya sesuai untuk diberikan ketika mengucapkan tahniah atau gembira dengan kekasih anda. Tapi jika sebagai tanda kenangan, tidak sama sekali kerna semua pun sudah maklum bunga hanya boleh bertahan beberapa hari dan kemudian layu. Nak ke korang cinta korang pun jadi macam tu? Atau jika ingin juga ada bunga, sebaik-baiknya bunga hanya sebagai penyeri kepada hadiah yang lebih besar seperti cincin atau rantai berloket hati ke, kan?

Lagi terbaik jika anda meluangkan malam hari valentine dengan membawa kekasih anda ke tempat-tempat yang romantik untuk bersama seperti pergi menikmati bulan dan bintang ataupun pergi ke pantai sambil melayan angin laut dan bunyi ombak. Ataupun bawa kekasih anda menikmati "candle light dinner" ditempat yang tenang. Jangan pula bawa kekasih korang pergi hotel ke, atau pun motel. Paham-paham jela, JAKIM memang buat operasi, confirm-confirm kena tangkap basah. Kan dah malu? Hahah, dinasihatkan kahwin dulu baru tuttttt. Ahah.


Hari Kekasih ni juga tidak terhad kepada pasangan kekasih, bagi yang sudah berkahwin juga boleh meraikannya bersama. Hantar la anak korang pergi rumah atuk dorang dulu, lepas tu nikmati lah hari kekasih bersama suami / isteri tersayang, kan? Setahun sekali je :)

Yang paling penting, ingatlah ini, hari tidak menentukan betapa dalamnya cinta anda terhadap kekasih anda. Yang penting kejujuran, saling memahami dan percaya antara satu sama lain sahaja mampu membina hubungan yang kukuh. Yang penting, HATI! Ahah.

5 comments:

HeaVenX February 3, 2011 at 2:12 AM  

kenapa perlu sambut 1 hari je? sedangkan hari2 ko berchenta dan menyanyangi buah hati ko? jadi bagi aku sambut la hari2 dan nikmati cinta itu hari2..bukan bulan february sahaja :)
when u love someone you should make her/him special everyday not only valentine's day :)

JCL February 3, 2011 at 6:28 AM  

heavenx ; every person has their own opinion. :)

BeauTiFuLGirL February 8, 2011 at 9:01 AM  

http://www.islam.my/sambutan-hari-kekasih-salah-di-sisi-islam

Post a Comment


Setiap entri yang ditulis adalah dibawah pengiktirafan Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.