Selamat datang ke blog ini, ianya tentang cinta, kesedihan, tips mengenai cinta, keluarga, dan ianya tentang kita! Tinggalkan komen anda di setiap entri dengan pertanyaan. Terima kasih.

Jom Cinta : Jenis Wanita Dalam Percintaan Part I

Seperti yang kita tahu, wanita tergolong dalam macam-macam jenis. Ada yang penyayang, materialistik (jangan marah ye), egoistik dan macam-macam lagi. Tapi berdasarkan kajian dan pemerhatian yang encik admin buat, encik admin dapat mengklasifikasikan wanita kepada 8 jenis. Mungkin tidak berapa tepat, tapi ini adalah antara yang senang kita nampak sekarang.


Tidak semua wanita adalah sama, ini mungkin disebabkan faktor pergaulan dan suasana ketika membesar. Contoh lah, kalau seseorang wanita itu membesar dalam suasana sederhana dan persekitaran yang terlalu sosial seperti kawasan yang didiami mat rempit, tak mustahil wanita itu adalah minah rempit. Haha. Agak sensitif isu kali ini. Dalam isu ini, hanya 4 jenis wanita yang akan saya ketengahkan.

1 - Materialistik
Inilah yang paling ingin saya tekankan, ramai yang tahu mengenai wanita jenis ini. Mereka lebih berminat dengan lelaki yang mempunyai harta, ada kereta, duit dan secara ringkasnya, mampu menyara mereka. Sebenarnya wanita jenis ini bukanlah jahat seperti yang disangkakan, tapi disebabkan faktor-faktor seperti sejarah lama dan pergaulan dengan rakan. Mungkin dulu mereka pernah hidup susah ataupun cemburu tengok kawan-kawan lain ada teman lelaki yang kaya. Lagi satu, mungkin mereka mempunyai latar belakang dari keluarga kaya dan pengaruh sosial yang menyebabkan mereka inginkan lelaki yang setaraf dengan mereka.

2 - Egoistik
Wanita jenis ini adalah wanita yang mempunyai sifat yang ego dan mempunyai sedikit sifat "queen control". Mereka tidak suka jika teman lelaki mereka mengawal mereka dan jika teman lelaki mereka tengok handphone mereka. Mereka lebih suka jika mereka yang mengawal situasi. Selain itu, mereka selalu rasa apa yang mereka cakap adalah betul kerana mereka tidak akan berdiri dan mengatakan yang mereka betul. Jika mereka bertanya yang masakan mereka sedap atau tidak, cara yang terbaik supaya tak menyakitkan hati mereka adalah cakap sedap walaupun tidak. Sebab cara wanita menunjukkan kasih-sayang mereka yang paling penting adalah melalui makanan.

3 - Penyayang dan setia
Wanita jenis ini mudah didampingi dan seorang yang mudah cair dengan kata-kata teman lelaki mereka. Mereka mudah tersentuh dengan apa-apa perkara yang kecil seperti kucing nak beranak ataupun teman lelaki mereka tidak menghubungi mereka tanpa memberitahu sebab. Mereka tidak kisah jika diri mereka diabaikan oleh teman lelaki mereka, yang penting mereka setia dan tahu yang teman lelaki mereka menyayangi mereka.



4 - Keliru dengan diri sendiri
Wanita jenis ini pula adalah yang paling susah difahami. Mereka sendiri tidak tahu apa yang diinginkan oleh diri mereka. Walaupun mereka sudah ada teman lelaki, tapi jika ada lelaki lain yang hadir dalam hidup mereka dan menawan hati mereka, mereka mudah untuk jatuh cinta. Mereka tidak dapat membuat keputusan yang tepat dan selalunya yang menjadi mangsa adalah teman lelaki mereka. Mungkin mereka akan menyebabkan teman lelaki mereka tergantung. Mereka kerap memikirkan apakah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka sedangkan jalan yang mudah adalah lupakan lelaki lain dan terus setia dengan teman lelaki mereka. Lebih mudah dikatakan, wanita jenis ini kurang setia dengan perhubungan mereka.

Sampai disini sahaja untuk isu kali ini, 4 lagi jenis wanita akan saya update pada isu akan datang. Ini berdasarkan pemerhatian saya secara ringkas. Enjoy. Kepada wanita, nantikan pula isu mengenai jenis-jenis lelaki tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment


Setiap entri yang ditulis adalah dibawah pengiktirafan Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.