Jom Cinta : Jenis wanita dalam percintaan Part II
Isu ini adalah isu sambungan. Mungkin ada yang tidak berapa tepat, tapi ini adalah hasil pemerhatian encik admin. Haha.
5 – Tidak Kisah Harta Benda
Wanita jenis ini tidak kisahkan harta atau apa si lelaki ada. Mereka lebih mendambakan kasih sayang dan cukuplah jika si lelaki dapat menyayangi mereka sepenuh hati. Asalkan mereka dapat hidup bahagia sudah memadai.
6 – Simpati
Wanita jenis ini pula adalah wanita yang bercinta atas dasar simpati. Mereka kesian terhadap lelaki ini yang kerap mencari mereka dan lama-lama mereka jatuh cinta atas dasar simpati. Terpulang pada lelaki lah untuk mengekalkan hubungan.
7 – Pendiam
Wanita jenis ini adalah yang susah untuk “ditackle”. sebab mereka jenis pendiam dan kemungkinan hubungan tidak akan berjalan lancar disebabkan sifat wanita ini yang kerap menyimpan masalah tanpa berkongsi. Lelaki juga akan cepat berasa bosan terhadap wanita seperti ini.
8 – Happy-Go-Lucky
Yang terakhir, jenis happy go lucky. Yang ini lagilah susah nak dapat, mereka lebih selesa hidup tanpa commitment, mereka hanya ingin bergembira jika mereka mahu dan mereka tidak suka meletakkan tanggungjawab pada bahu mereka.
Bagi yang mempunyai tambahan, sila komen dibawah ye :)
0 comments:
Post a Comment