Selamat datang ke blog ini, ianya tentang cinta, kesedihan, tips mengenai cinta, keluarga, dan ianya tentang kita! Tinggalkan komen anda di setiap entri dengan pertanyaan. Terima kasih.
Showing posts with label jomcinta. Show all posts
Showing posts with label jomcinta. Show all posts

Jom Cinta : Hargailah Orang Yang Mencintai Kamu

Terjumpa tips ini kat facebook, sangat bermakna sampai menyentuh hati encik admin tau. Kepada korang yang pernah buat begini, ingatlah yang cinta tidak semestinya memiliki. Kepada yang pernah rasa ada lelaki atau perempuan lain buat begini pada anda, sedarlah yang diorang sangat mencintai korang.


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Tips Cinta : Pengubat Hati Yang Terluka

Cinta. Ramai yang sudah bercinta dan ramai juga yang "pernah" bercinta. Kalau yang bercinta kemudian berkahwin, baguslah. Tapi apa motif bercinta kalau sudah menjadi pasangan bahagia, tiba-tiba putus? Tidakkah membuang masa namanya itu? Pernah tak korang terfikir kalau korang single sahaja? Jangan risau tentang jodoh, kerana Tuhan ciptakan kita semua dengan pasangan masing-masing. Suatu hari nanti jodoh kita tetap akan tiba.


Apa beza kalau sudah ada teman lelaki / teman wanita dan tiada? Ramai sudah yang saya jumpa, bila single, nak cari teman wanita / teman lelaki, tapi bila sudah dapat nak single pula? Apa sebenarnya yang diri kita mahukan? Cuba fikir masak-masak sebelum meneruskan perhubungan ke tahap yang lain. Salahkah kalau sekadar berkawan dan mengambil berat satu sama lain sahaja tanpa perlu bercinta? Kasih sayang boleh dikongsi kan? Begini lebih bagus kerana tiada komitmen dan masing-masing mempunyai hala tuju yang baik. Mencintai tidak semestinya memiliki kan?


Setiap entri yang ditulis adalah dibawah pengiktirafan Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.