Selamat datang ke blog ini, ianya tentang cinta, kesedihan, tips mengenai cinta, keluarga, dan ianya tentang kita! Tinggalkan komen anda di setiap entri dengan pertanyaan. Terima kasih.

Part II : Love tips and Experiment (Mesej dan telefon ketika bercinta)

Ok, kita sudah habis dengan part 1 iaitu memahami wanita yang tidak faham tentang diri sendiri. Hahaha, jangan marah ye :) Itu hanya hasil kajian 75 peratus je, tak complete lagi. Ahaha. Sebab setiap eksperimen cinta memerlukan masa antara 2 minggu sehingga 2 bulan untuk berjaya.  Untuk entri cinta kali ini, encik admin nak memberi tips cara-cara mengenai mesej dan telefon ketika bercinta. Enjoy this entry dan jangan lupa bagi feedback ye.

Pernah tak korang tengok kawan korang 24 jam bermesej, bergayut kat telefon or asyik duk bercerita pasal teman lelaki / teman wanita diorang je? Atau sebenarnya korang sendiri yang macam tu? Pernah tak masa korang lepak-lepak minum ke, shisha ke atau pergi bercuti dengan kawan korang, tapi kawan korang 24 jam dengan handphone je? Tak habis-habis mesej dan telefon makwe / pakwe dorang? Kalau korang pernah nampak kawan korang macam tu atau korang sendiri yang macam tu, ni dah bukan bercinta nama dia, tapi MATI DUDUK. Hahaha. Habis bilanya masa untuk enjoy kalau dah 24 jam dengan pasangan korang je?


Ini tips agak susah untuk dipraktikkan kerana orang kalau dah bercinta biasa la, lupa dunia terus. Betul tak? Kalau tak, takkan la ada yang buang bayi kat longkang la, apa la. Astaga :(. Berbalik pada topik tadi, setiap kali jika anda ingin memulakan sesuatu hubungan, anda mesti biasakan untuk bermesej dan bertelefon pada waktu yang sesuai. Contohnya, limit untuk bermesej biarlah sampai jam 12malam atau suka hati anda lah. Yang penting ada limit masa sebab anda sendiri tau, bila bermesej masa nak tidur, konon-konon nak feel la hahaha, pastu esok bangun, "sorry, i tertidur semalam". Kan dah buat orang tersayang menunggu. Jadi limitkan masa bermesej, kalau boleh sebelum tidur, cukup dengan menelefon si dia dan ucapkan selamat malam. Jangan menyanyi lagu Faizal Tahir lak, mau mimpi ngeri makwe / pakwe korang dengar suara sumbang korang. Hahahah.

Encik admin selalu tengok rakan-rakan encik admin bermesej atau bertelefon ketika waktu makan, dan waktu-waktu yang tak sepatutnya. Kadang-kadang sampai masa makan pun nak bergayut, pastu orang dah habis makan, kawan encik admin baru nak tuang kicap. Sakit hati member-member ni. Grrr. Bukan tak boleh bercinta, tapi apa salahnya bagitau makwe / pakwe, "sayang, baby nak makan jap ni, nnt bby text balik eh". Kan comel tu, hahaha. Kalau teman lelaki / teman wanita korang tak faham bahasa, suruh dia masuk tadika balik. Ok.


Yang paling best, masa naik kereta. Biasalah, encik admin memang suka jadi penumpang sebab boleh mesej girlfriend. Hahah. Tapi masalah dia, yang pemandu pun taknak kalah, boleh lak main mesej and call teman wanita dia masa memandu. Habis, kalau dah accident? Encik admin dah la belum bernikah, ada gak niat nak bercucu-cicit, tunaikan haji ke. Ni kalau dah muda-muda dah ke kubur, memang tak jadi apa la kan? ahahha.
So, ingatlah orang tersayang bila memandu. Bukan ingat masa pandu terus korang call. Kalau sayang, lupa-lupakan lah. Tu maksud dia :)


Yang paling penting, belajar memahami jadual kehidupan si dia. Dan korang sendiri harus tahu membahagikan masa antara kawan dan teman wanita / teman lelaki. Encik admin yakin, kadang-kadang korang sendiri pun akan rasa geram kan bila tengah sedap lepak dan bercerita dengan kawan. Tiba-tiba teman wanita / teman lelaki kawan korang call atau mesej, terus kawan korang buat tak dengar korang nya cerita kan, then boleh lak tanya balik. Lols. Tu dah boleh-boleh makan penyepak. hahah.

Antara tips penting diatas ialah, bermesej bila perlu dan amalkan telefon dulu sebelum tidur cukup untuk ucapkan selamat malam. Bila bersama kawan, beritahulah si dia yang anda sedang meluangkan masa bersama kawan anda. Cukuplah sekadar bermanja-manja biasa ketika bermesej dan bertelefon kerana anda boleh simpan sedikit modal bercerita ketika berjumpa si dia. Betul tak? Sampai sini sahaja, part 3 nanti, encik admin akan selitkan mengenai tips-tips yang lebih menarik dan eksperimen cinta encik admin. :) Enjoyy :D

4 comments:

Unknown February 2, 2011 at 12:49 PM  

ywah saya sokong 200% ni..
yala, kalo suda dia punya jadual,
masa ni dh taw bt apa..
jgnlaa dok msj, buat apa tu? heh.

JCL February 2, 2011 at 12:51 PM  

mikko mikko ; ahah, betul tu? yang paling penting mesti memahami kan?

ami auni n auji February 2, 2011 at 8:58 PM  

slalu suh dia nyanyi lagu faizal tahir.. sumbang pon sumbanglahh... huhuhu

JCL February 2, 2011 at 9:08 PM  

nur najah ; ahaha, sape tak syg bf :D

Post a Comment


Setiap entri yang ditulis adalah dibawah pengiktirafan Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.