Selamat datang ke blog ini, ianya tentang cinta, kesedihan, tips mengenai cinta, keluarga, dan ianya tentang kita! Tinggalkan komen anda di setiap entri dengan pertanyaan. Terima kasih.

Part I : Love Tips and The Experiment (Tips Cinta dan Eksperimen)

Kali ni, encik admin nak ceritakan tentang perangai gadis yang susah untuk difahami. Cerita cinta ini khas encik admin eksperimen setelah hampir setahun encik admin tidak meng-hapdate blog ini. Ok. Encik admin juga mengaku yang encik admin hampir-hampir kecewa dan ter'serius' dengan eksperimen ini sendiri. Cerita ini hampir seperti cinta tiga segi tapi tidak. Enjoyy.



Begini ceritanya, gadis ini, Mary ( bukan nama sebenar), seorang yang periang dan mudah bergaul. Dia mampu memikat hati setiap orang yang baru dikenali. Percayalah, pada mulanya encik admin pun hampir-hampir jatuh cinta padanya, tapi setelah diselidik sedalam-dalamnya, barulah dapat tahu perkara sebenar. Paras wajah Mary juga comel dan dia memanglah mempunyai ciri-ciri seorang wanita idaman disamping perangai nya yang manja.

Berbagai cara encik admin buat untuk pikat hati Mary, tapi tidak berjaya. Tanda-tanda dia suka memang ada, tapi jangan silap, kerana perangai dia memang begitu. Mudah mesra dan "caring" terhadap orang sekeliling. Bagi lelaki, jika wanita begini muncul dalam hidup mereka, sudah pasti korang takkan lepaskan punya. Jangan tipu laaa. Hahaha.  Tiba-tiba encik admin dapat tahu yang dia rapat dengan seorang lelaki bernama Khai (bukan nama sebenar), lelaki ini sendiri adalah rakan sekerja Mary. Hubungan mereka umpama belangkas, tapi Mary cuba nak sembunyikan ni dari encik admin. Yang encik admin hairan, bila encik admin cuba menguji dia seperti, "tak keluar dengan khai ke?", Mary akan bagi jawapan seperti, "buat apa, boring je". Encik admin sudah dapat mengagak yang mereka memang mempunyai hubungan bf dan gf, tapi Mary selalu tak mengaku bila encik admin bertanya. Itulah yang paling mengelirukan.

Bila Mary pergi kerja, (sememangnya encik admin tahu dia bersama khai), Mary ni cuba macam sembunyikan sesuatu dari encik admin. Macam dia ingin menjaga hati encik admin. Sebelum tu, encik admin nak bagitahu, yang encik admin sudah bagi dia clue yang encik admin suka kat Mary ni. Jadi Mary ni tau perasaan encik admin terhadap dia. So, encik admin andaikan yang dia ingin menjaga hati sahaja. Tapi apakah yang sebenarnya dia cuba sembunyikan? Lagi senang jika dia berterus terang pada semua orang kan? Sedangkan di handphone dia, nama Khai yang dia save adalah "SAYANG". Lols, dan kini dia masih lagi cuba untuk menipu.

Tujuan encik admin tulis entri ini bukan untuk meluahkan perasaan atau marah padanya. Tapi disebalik cerita ini, ada satu perangai wanita yang encik admin ingin jelaskan. Khas untuk lelaki yang cuba untuk memahami wanita.

Mary ini berumur 22 tahun dan memang diketahui dari dulu yang banyak kali dia bertukar teman lelaki, dan biasalah, perempuan akan mula berasa bosan dengan lelaki bila umur menjejak 21-22 tahun jika dari zaman sekolah lagi suka bertukar pasangan. Even, kakak encik admin sendiri begitu :). Wanita jenis ini hanya perlukan kasih sayang dari orang sekelilingnya tanpa perlu ada komitmen. Mereka lebih selesa untuk berkawan rapat dengan lelaki yang mereka suka dari memberikan cinta mereka. Even Mary sendiri pernah terlepas cakap yang dia sudah tidak tahu apa yang dia mahu dari lelaki. Dia keliru dengan apa yang ada dalam hati sendiri. Tapi cara yang dia tunjukkan ialah dengan memberikan harapan kepada lelaki yang menyukainya sedangkan dia hanya menganggap lelaki itu sebagai seorang yang disayangi tapi tidak dicintai.

Wanita begini selalunya memerlukan seseorang yang mampu melindungi mereka, melindungi bukan bermaksud dari kena kacau sahaja. Maksudnya adalah, dapat menyara mereka, memberikan kasih sayang, dapat sentiasa bersama disisi mereka, dapat menggembirakan mereka dan sebagainya. Jika wanita seperti ini berjumpa dengan lelaki yang mempunyai kriteria diatas. Tak mustahil dia akan jatuh cinta terus :D

Sampai disini sahaja untuk part 1. Email encik admin kalau ada masalah peribadi dan komen untuk berikan pandangan anda pada entri ini. :D

5 comments:

Suhana Samsudin February 1, 2011 at 7:10 PM  

"perempuan akan mula berasa bosan dengan lelaki bila umur menjejak 21-22 tahun jika dari zaman sekolah lagi suka bertukar pasangan"- rasanya betul kot,dah nak hampir umur 21 ni rasa dah malas,tapi baru sekali je berpasangan.

"lebih selesa untuk berkawan rapat dengan lelaki yang mereka suka dari memberikan cinta mereka"- sgt setuju.mungkin takut kecewa agaknye.hehe

sarah February 1, 2011 at 7:10 PM  

hahaha nice story....mak sy selalu ckp bhawe lelaki yg baik utk pompuan yg baik bg pompuan pun begitu juge......klu admin ketegori lelaki yg baik peluang utk dpt pompuan yg baik sgt tinggi.....tp klu admin dpt pompuang yg perangai kureng jd teman hidup admin maybe admin kene check ape yg admin penah bt pd mase lampau sbb hukum karma tu berlaku...

JCL February 1, 2011 at 7:19 PM  

suhana ; yeah, teori sy umur 21-22 itu adalah hasil dari pemerhatian saye terhadap wanita :). semua org takut dikecewakan, prg yg brani saje mampu mghadapi dugaan nya :D

sarah ; thnks for the advice. yeah i do believe in karma. what goes around comes around :D

**fRy laDy** February 24, 2011 at 11:45 AM  

en.admin,
sy ni skang tgh nak ngorat sorg mamat nh..tp ape yg mmbuatkan sy mati kutu ialah dia ni xphm2 mesej sy..dia ni cam hati keras n sy mmg xphm perangai die cmne..tp perangai die yg mcm tu la mmbuatkan sy jatuh hati ngan dia..;)
skrg ni,sy wat keputusan utk jadi member die je (walaupon sdey) sbb sy da mati kutu nak buat apa..bole tlg sy?hehe

JCL February 24, 2011 at 12:36 PM  

fry lady ; beginilah awak, adekah betul awk ambil keputusan untuk sekadar nak jadi kwn die? klau begitu baguslah, sebab ape yg sy dpt lihat dari cerita awak, lelaki ini mungkin lebih selesa utk berkwn dari ada hubungan yang serius.

dari awk susah2 tackle die, baik awk berkawan dan act sperti biasa. bila dia sudah comfortable dgn awk, tak mustahil die pulak akn terjatuh hati dgn awak. ok :)

Post a Comment


Setiap entri yang ditulis adalah dibawah pengiktirafan Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.