Selamat datang ke blog ini, ianya tentang cinta, kesedihan, tips mengenai cinta, keluarga, dan ianya tentang kita! Tinggalkan komen anda di setiap entri dengan pertanyaan. Terima kasih.

Jom Cinta : Wanita Dan Bahasa Tubuh


Penat seharian mengkaji tentang bahasa tubuh wanita, habis menggoogle, jumpa juga satu artikel di laman web ini, TentangCinta.com, memang menarik untuk dikongsi. Anda semua boleh lah memerhatikan segala gerak geri wanita supaya anda dapat mentafsir apa yang patut dibuat seterusnya.

1. Memusing kepala atau menguak rambut
Ini merupakan suatu 'pergerakan yang menggoda' apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm...

2. Muncung, basahkan bibir atau buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi 'godaan bibir'. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.

3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

Jom Cinta : Hargailah Orang Yang Mencintai Kamu

Terjumpa tips ini kat facebook, sangat bermakna sampai menyentuh hati encik admin tau. Kepada korang yang pernah buat begini, ingatlah yang cinta tidak semestinya memiliki. Kepada yang pernah rasa ada lelaki atau perempuan lain buat begini pada anda, sedarlah yang diorang sangat mencintai korang.


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Jom Cinta : Jenis wanita dalam percintaan Part II


Isu ini adalah isu sambungan. Mungkin ada yang tidak berapa tepat, tapi ini adalah hasil pemerhatian encik admin. Haha.

5 – Tidak Kisah Harta Benda
 Wanita jenis ini tidak kisahkan harta atau apa si lelaki ada. Mereka lebih mendambakan kasih sayang dan cukuplah jika si lelaki dapat menyayangi mereka sepenuh hati. Asalkan mereka dapat hidup bahagia sudah memadai.

Jom Cinta : Jenis Wanita Dalam Percintaan Part I

Seperti yang kita tahu, wanita tergolong dalam macam-macam jenis. Ada yang penyayang, materialistik (jangan marah ye), egoistik dan macam-macam lagi. Tapi berdasarkan kajian dan pemerhatian yang encik admin buat, encik admin dapat mengklasifikasikan wanita kepada 8 jenis. Mungkin tidak berapa tepat, tapi ini adalah antara yang senang kita nampak sekarang.


Tidak semua wanita adalah sama, ini mungkin disebabkan faktor pergaulan dan suasana ketika membesar. Contoh lah, kalau seseorang wanita itu membesar dalam suasana sederhana dan persekitaran yang terlalu sosial seperti kawasan yang didiami mat rempit, tak mustahil wanita itu adalah minah rempit. Haha. Agak sensitif isu kali ini. Dalam isu ini, hanya 4 jenis wanita yang akan saya ketengahkan.

Tips Cinta : Pengubat Hati Yang Terluka

Cinta. Ramai yang sudah bercinta dan ramai juga yang "pernah" bercinta. Kalau yang bercinta kemudian berkahwin, baguslah. Tapi apa motif bercinta kalau sudah menjadi pasangan bahagia, tiba-tiba putus? Tidakkah membuang masa namanya itu? Pernah tak korang terfikir kalau korang single sahaja? Jangan risau tentang jodoh, kerana Tuhan ciptakan kita semua dengan pasangan masing-masing. Suatu hari nanti jodoh kita tetap akan tiba.


Apa beza kalau sudah ada teman lelaki / teman wanita dan tiada? Ramai sudah yang saya jumpa, bila single, nak cari teman wanita / teman lelaki, tapi bila sudah dapat nak single pula? Apa sebenarnya yang diri kita mahukan? Cuba fikir masak-masak sebelum meneruskan perhubungan ke tahap yang lain. Salahkah kalau sekadar berkawan dan mengambil berat satu sama lain sahaja tanpa perlu bercinta? Kasih sayang boleh dikongsi kan? Begini lebih bagus kerana tiada komitmen dan masing-masing mempunyai hala tuju yang baik. Mencintai tidak semestinya memiliki kan?

Lagu Cinta : Ku Ada Kamu - Adira AF8

Lagu ini membawa seribu erti. Hayati setiap lirik-lirik nya yang mendalam. Hanya insan yang pernah merasa perasaan ini akan tahu apakah maksud di sebalik bait-bait perkataan yang dinyanyikan.



LIRIK LAGU KU ADA KAMU – ADIRA AF8

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk


Setiap entri yang ditulis adalah dibawah pengiktirafan Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.