Selamat datang ke blog ini, ianya tentang cinta, kesedihan, tips mengenai cinta, keluarga, dan ianya tentang kita! Tinggalkan komen anda di setiap entri dengan pertanyaan. Terima kasih.
Showing posts with label kekasih. Show all posts
Showing posts with label kekasih. Show all posts

Tips Temu Janji : First Date Anda



Dalam ramai-ramai antara kita semua ni, encik admin yakin yang masih ada lagi antara korang yang rasa gementar bila temujanji pertama korang dengan si dia atau erti kata lain "first date". Atau ada juga yang pernah gagal dalam first date korang. Sebab apa gagal? Orang kata, first impression mase first date tu adalah yang paling penting sekali. Sebab perempuan/lelaki akan menilai diri korang dari situ. Cara pemakaian, gaya berjalan, cara bercakap dan macam-macam lagi. Even, gaya rambut korang pun diorang tengok ok.

Hubungan dan Cinta : Kekasih atau Kawan

Dalam konteks di atas, mungkin ramai yang setuju kekasih lebih penting dari kawan kerana kekasih adalah seorang yang boleh memahami dan menyayangi kita. Tapi mungkin ada juga yang tidak setuju dan beranggapan, kawan lebih penting. Tapi bagi encik admin, kawan adalah segalanya selepas keluarga kita. Kenapa?



OK macam ni, kekasih tak semestinya kita boleh kekal dengan dia,tapi sekarang ramai yang abaikan kawan bila sudah mempunyai kekasih. Yela, nak jaga hati pasangan kan, sampai sanggup lukakan hati kawan. Korang kena fikir, korang lebih kenal kawan korang daripada kekasih korangg, teman wanita / teman lelaki korang tak semestinya jujur, dan kita pun tak mungkin akan cerita semua masalah kita kat kekasih kita. Memang masalah boleh dikongsi bersama, tapi macam mana pula kalau masalah tu masalah cinta korang ngan kekasih korang? Siapa nak dengar? Haaaa.


Setiap entri yang ditulis adalah dibawah pengiktirafan Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.