Hubungan dan Cinta : Kekasih atau Kawan
Dalam konteks di atas, mungkin ramai yang setuju kekasih lebih penting dari kawan kerana kekasih adalah seorang yang boleh memahami dan menyayangi kita. Tapi mungkin ada juga yang tidak setuju dan beranggapan, kawan lebih penting. Tapi bagi encik admin, kawan adalah segalanya selepas keluarga kita. Kenapa?
OK macam ni, kekasih tak semestinya kita boleh kekal dengan dia,tapi sekarang ramai yang abaikan kawan bila sudah mempunyai kekasih. Yela, nak jaga hati pasangan kan, sampai sanggup lukakan hati kawan. Korang kena fikir, korang lebih kenal kawan korang daripada kekasih korangg, teman wanita / teman lelaki korang tak semestinya jujur, dan kita pun tak mungkin akan cerita semua masalah kita kat kekasih kita. Memang masalah boleh dikongsi bersama, tapi macam mana pula kalau masalah tu masalah cinta korang ngan kekasih korang? Siapa nak dengar? Haaaa.
Teman Lelaki / Teman Wanita : Ditipu, Tertipu atau Menipu
Menipu adalah satu perkara yang tidak asing lagi bagi kita semua kan? Betul tak? Siapa yang tak pernah menipu? Memang tipu la kalau korang tak pernah menipu, kan kan kan? Tapi camne pula kalau korang yang ditipu? Kalau setakat biase je takpe la, ini tak, BF/GF korang yang tipu korang. Orang yang korang rasa korang boleh percaya dan tempat korang luahkan perasaan tulah yang tipu korang. Adoi, ni memang tak boleh setel ni.
Actually, ada banyak jenis menipu. Tipu sunat pun ada tau, tipu ni boleh digunakan atas sebab-sebab tertentu, contoh untuk jaga hubungan korang. Contoh tipu sunat, "U, i nak tido kejap eh, letih la, banyak benda i buat hari ni". Pade hal korang tak tidur pun, just nak tengok tv coz ada movie faveret korang. Hahaha, karang bile cakap korang tengok tv, mau die kerja nak sms je. Betul tak? Tak boleh pula nak fokus, so secara tak langsung menjaga hubungan korang.
Tips Cinta : Anda Pencinta Jenis Apa? Sayang atau Seks?
Cinta tiga segi? Zaman sekarang masih ramai lagi yang secara tak sedar melakukan perkara ini. Contohnye, korang ade GF/BF, tapi still suke kat orang lain. Last2 bile dah lama korang taktau camne nak buat pilihan. Situasi cinta ni sama macam korang ada skandal dan BF/GF. Kan? Sebenarnya, senang je untuk belajar menjadi setia pada teman wanita atau lelaki korang. Mainkan peranan masing-masing, kalau setakat GF/BF korang je yang setia kat korang, tapi korang pula berfoya-foya dengan orang lain.
Boleh ke tahan lama? Cuba elakkan dari terjatuh cinta dengan orang lain. Keraskan hati dengan ayat-ayat manis lelaki atau perempuan yang cuba nak mengayat korang. Biasa lah, sebelum dapat semua manis kan, lepas dapat. "Mamak, Kopi kapal api satu, nak yang paling pahit k". Hahah, faham-faham jerla.
Ada lagi satu ni, korang taktau apa sebenarnya yang korang nak? Samada seks atau cinta? Memang normal jika lelaki melihat paras wanita dari segi rupa dan bentuk badan.
Setiap entri yang ditulis adalah dibawah pengiktirafan Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.



