Selamat datang ke blog ini, ianya tentang cinta, kesedihan, tips mengenai cinta, keluarga, dan ianya tentang kita! Tinggalkan komen anda di setiap entri dengan pertanyaan. Terima kasih.
Showing posts with label putus tunang. Show all posts
Showing posts with label putus tunang. Show all posts

Hari Valentine : Tips Meraikan Bersama Si Dia

Sudah tentu para pembaca yang mempunyai teman wanita / teman lelaki berfikir-fikir bagaimana nak meraikan Valentine's Day ni dengan penuh bermakna kan? Mungkin ada yang terfikir nak pergi bercuti untuk bersama si dia atau mungkin juga ada yang sudah merancang untuk mengkhaskan 14 Februari ini hanya untuk si dia. Tapi sayang sekali, sebab hari valentine jatuh pada hari Isnin iaitu hari pertama bekerja. Kalau ada yang betul-betul sayang dan cintakan kekasih anda, ambil la MC ye. Woopss, saya tak menggalakkan, tapi apa salahnya setahun sekali, kan? Ahah.


Raikan hari penuh bermakna ini dengan penuh kejutan. Wahh, macam iklan lak en :) Hari Valentine ni biasanya sinonim dengan coklat, bunga, kad ucapan cinta, dan juga e-mail untuk yang tersayang. Tapi disebabkan laman sosial sekarang seperti Facebook dan Twitter memudahkan penggunanya untuk meng-hapdate status sesuka hati, maka akan adalah status seperti ini, "Happy Valentine's Day kawan-kawan". Hahaha, dah macam hari raya aidilfitri dah. Betul tak?

Isu Cinta : Cinta Kerana Kasihan atau Terpaksa

Berkata tentang cinta, mesti korang semua bercinta sebab rasa sayang dan suka sama suka. Kan kan? Ada tu yang bercinta sebab dah kenal dari kecik. Lagi best, tapi susah nak jumpa dah macam tu sekarang. Haha. Ada tu bercinta mase datang openhouse dengan member time-time raya. Hahah, orang dapat duit raya, die dapat bf/gf pula. Haha. Tapi pernah tak korang bercinta atas dasar simpati atau pun terpaksa? Mungkin pernah kan, tapi 1 dalam sejuta kot?


Jadi, sebagai encik admin, saya rasa bertanggungjawab untuk menulis entri ni supaya kita dapat share pengalaman kita semua. Yeah Yeah.


Setiap entri yang ditulis adalah dibawah pengiktirafan Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.