Selamat datang ke blog ini, ianya tentang cinta, kesedihan, tips mengenai cinta, keluarga, dan ianya tentang kita! Tinggalkan komen anda di setiap entri dengan pertanyaan. Terima kasih.
Showing posts with label teman wanita cemburu. Show all posts
Showing posts with label teman wanita cemburu. Show all posts

Hari Valentine : Tips Meraikan Bersama Si Dia

Sudah tentu para pembaca yang mempunyai teman wanita / teman lelaki berfikir-fikir bagaimana nak meraikan Valentine's Day ni dengan penuh bermakna kan? Mungkin ada yang terfikir nak pergi bercuti untuk bersama si dia atau mungkin juga ada yang sudah merancang untuk mengkhaskan 14 Februari ini hanya untuk si dia. Tapi sayang sekali, sebab hari valentine jatuh pada hari Isnin iaitu hari pertama bekerja. Kalau ada yang betul-betul sayang dan cintakan kekasih anda, ambil la MC ye. Woopss, saya tak menggalakkan, tapi apa salahnya setahun sekali, kan? Ahah.


Raikan hari penuh bermakna ini dengan penuh kejutan. Wahh, macam iklan lak en :) Hari Valentine ni biasanya sinonim dengan coklat, bunga, kad ucapan cinta, dan juga e-mail untuk yang tersayang. Tapi disebabkan laman sosial sekarang seperti Facebook dan Twitter memudahkan penggunanya untuk meng-hapdate status sesuka hati, maka akan adalah status seperti ini, "Happy Valentine's Day kawan-kawan". Hahaha, dah macam hari raya aidilfitri dah. Betul tak?

Part II : Love tips and Experiment (Mesej dan telefon ketika bercinta)

Ok, kita sudah habis dengan part 1 iaitu memahami wanita yang tidak faham tentang diri sendiri. Hahaha, jangan marah ye :) Itu hanya hasil kajian 75 peratus je, tak complete lagi. Ahaha. Sebab setiap eksperimen cinta memerlukan masa antara 2 minggu sehingga 2 bulan untuk berjaya.  Untuk entri cinta kali ini, encik admin nak memberi tips cara-cara mengenai mesej dan telefon ketika bercinta. Enjoy this entry dan jangan lupa bagi feedback ye.

Pernah tak korang tengok kawan korang 24 jam bermesej, bergayut kat telefon or asyik duk bercerita pasal teman lelaki / teman wanita diorang je? Atau sebenarnya korang sendiri yang macam tu? Pernah tak masa korang lepak-lepak minum ke, shisha ke atau pergi bercuti dengan kawan korang, tapi kawan korang 24 jam dengan handphone je? Tak habis-habis mesej dan telefon makwe / pakwe dorang? Kalau korang pernah nampak kawan korang macam tu atau korang sendiri yang macam tu, ni dah bukan bercinta nama dia, tapi MATI DUDUK. Hahaha. Habis bilanya masa untuk enjoy kalau dah 24 jam dengan pasangan korang je?


Setiap entri yang ditulis adalah dibawah pengiktirafan Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.