Selamat datang ke blog ini, ianya tentang cinta, kesedihan, tips mengenai cinta, keluarga, dan ianya tentang kita! Tinggalkan komen anda di setiap entri dengan pertanyaan. Terima kasih.

Cerita : Player yang Berjaya

Sebelum tu, atas nasihat yang pakar, tukarkan mood korang kepada jahat plus player. Sekarang ni ramai yang nak jadi player kan? Tapi ada ke tips dia n cara-cara nak jadi player? Haha, mesti ramai yang nak tau kan. Ni sikit aku selitkan isi-isi penting, haha.

Pernah kah seorang lelaki berkata kepada kau, ‘Bro, kau tinggal di syurga mana ni?’ Dengan maksud sebenar’nya, kenapa ramai sangat gadis yang mengelilingi kau dalam satu-satu masa.

Ya, aku pernah mendapat soalan sebegitu daripada seorang blogger yang agak terkenal. Masakan tidak, gara-gara Facebook aku yang kerap di-update dengan gambar yang agak mervellous, membuat’kan ramai yang beranggapan, aku adalah seorang player, atau PIMP.


Walhal, aku bukan begitu, cuma kebetulan sahaja aku mempunyai lebih ramai kawan berjantina gadis daripada lelaki, yang aku rasa hampir mencapai darjah kepupusan.
Teringat pada satu ayat dalam filem Soul Plane, ‘ A true player is a payer‘.
Aku akui, memang kehidupan mewah seseorang amat mudah menarik perhatian gadis-gadis di luar sana. Bayangkan, diri kau merupakan seorang lelaki yang mempunyai kareer mantap, membawa sebuah Mazda-RX8 (sengaja enggan sebut Fairlady, sebab ada 2 seater sahaja, tak sesuai untuk PIMP). Dan tidak lupa, di dalam akaun bank kau, ada tertera sejumlah wang 5 angka.



Mungkin ramai yang tidak bersetuju, ‘ Eh Reze, bukan semua gadis bermata duitan’. Tapi, apa yang aku jumpa, kebanyakan’nya seperti itu, bukan semua, majoriti sahaja.
Apa yang aku ingin berkongsi, kalau kau ingin menjadi PIMP yang berjaya, sila sediakan 4 perkara utama yang bakal aku dedahkan selepas ini..

1. Kereta (kancil not working, seriously. Including kancil turbo)
2. Duit
3. Gaya
4. Attitude

Andai kata kau tidak faham, mari aku terangkan dengan lebih lanjut.
1. Kereta
Secara jujurnya, aku hanya memakai kereta buatan Malaysia, namun telah dicantikkan supaya menjadi sebuah kereta yang, agak ummph. Tidak sukar, taktik’nya, kau perlu mempunyai kereta 4 seater, supaya mudah untuk kau untuk membawa ramai gadis-gadis dalam satu masa. Aku tidak galakkan kau memandu SLK, Fairlady atau kereta 2 seater, sebab pengakhiran’nya, kau hanya mampu bawa seorang gadis sahaja. That’s such a loser!
2. Duit
Tidak mengapa kalau kau seorang anak Datuk. Aku sarankan kau minta kredit kad daripada bapa kau yang bergelar Datuk. Tapi, tips ini memang khas untuk orang yang bergantung kepada PTPTN, mahu pun biasiswa.
Mudah sahaja. Lupakan permainan WOW, Dota mahupun Mafia Wars. Kau perlu libatkan diri dalam dunia pekerjaan. Berikan skill terbaik kau kepada industri, memang kau akan dapat hasilnya. Contohnya, kalau kau pandai berfotografi, apa salahnya aplikasikan skill kau untuk mencari wang. Tanpa wang, kau yang bergelar lelaki, tidak berguna.

Gaya dan attitude akan bersambung. :)

2 comments:

Anonymous,  January 4, 2010 at 9:59 PM  

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

encik admin,  January 6, 2010 at 2:48 AM  

anonymous ; thnks yeah, btw can i know who are u? ahah. thnks for the compliment :))

Post a Comment


Setiap entri yang ditulis adalah dibawah pengiktirafan Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.