Selamat datang ke blog ini, ianya tentang cinta, kesedihan, tips mengenai cinta, keluarga, dan ianya tentang kita! Tinggalkan komen anda di setiap entri dengan pertanyaan. Terima kasih.

Surat Cinta Rock Kapak : Cinta Mati Beb!

Ahah, masa zaman-zaman sekolah menengah dulu korang mesti pernah tulis surat cinta kan? Kalau tak pernah tulis surat cinta pun, korang mesti pernah dapat dari peminat korang yang suka korang diam-diam kan? Haha, pernah tak dapat surat cinta yang entah ape-ape dari bf/gf korang time dulu-dulu? Jadi, encik admin nak post surat cinta yang entah ape-ape entah, terjumpa kat forum dan blog orang. Bace la k :)

Surat Cinta Rock Kapak

Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?  

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu; gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati




Surat Cinta Saintifik Sangat Pun Tak Leh Gak. hahah

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Jadi, memang la merepek surat cinta kat atas ni. Tapi jangan lak korang tiru. Mau minta break terus gf/bf korang. Hahah

17 comments:

Kennee October 16, 2009 at 12:35 AM  

Hahaha... lawak la...
Btw, nanged ya post on innit and also clicked on ya ads here already... ^^

encik admin,  October 16, 2009 at 1:11 AM  

ahaha, thnks kenne :)

Anonymous,  October 16, 2009 at 11:30 AM  

hahaha...
penuh makna tul 2 surat cinta tu ek?
teringat lak time aku kecik2 dulu..
kenangan y tak dapat aku lupakan dalam memberi surat cinta adalah semasa aku form 4, dimana,insan yang aku sayang membawa geng2 nya ke kelas aku utk tahu siapa aku..time tu aku benar2 malu... hingga buat aku trauma apabila melihat gerombolan lelaki.isk2.. kenangan2... namun, until now..aku masih lagi tulis surat cinta untuk laki2 jika gagal dapat penyelesaian secara face to face... hehe..

encik admin,  October 16, 2009 at 3:18 PM  

ahah, still amlkan care lame
ok la, sbb surat cinta org susah nak buang. dah kahwin pun tetap akn simpan lagi. hahha

aku zaty October 16, 2009 at 7:01 PM  

hahaha..=)
encik admin nie wat lawak tol la..
guling2 sy gelak..
hehehehe..=p
ha'ah,surat cinte mmg ssh nk dibuangkn.. sy pown msih smpan surat cnte mse mse sek ren dlu.. ble bce blek wat nk trgelak je..
hehe..=p

encik admin,  October 16, 2009 at 7:54 PM  

yeah yeah
sape lagi yg msih simpan surat cinta korang ?? haaaa

sam,  October 17, 2009 at 11:31 PM  

surat cinta kenangan tuk hr tua
kena frame kn
khazanah n antik pe..
bl dah tua nti, blh ckp yg
atuk diorg jiwang karat ms muda..
kah3

sarah October 19, 2009 at 2:07 AM  

hehehe ,
sara bce bnd nieyh dgn housemate ,
smua ketawa,
den mcm2 lah citea bile bce ape yg admin tulis pasal surat too .

btw , mmg menarek sggt :)

misz emah,  October 19, 2009 at 4:41 PM  

hahahh lawak tol la surat cinta 2..
i de 1 pglaman surat cinta ni mse i form3 tp yg bg i surat cnta 2 umo 30 taun gile ape..
leh lak die ckp die nak i jd awek die n di ckp umo bukan jd mslah..
pe la mmat 2..
skang ney i pon dh xjmpe die n i wish xnk jmpe die lg..
lawak2..

encik admin,  October 19, 2009 at 4:54 PM  

ahahha, x best lgsg mamat tu. hahahah 30 tulis surat. hahha

misz emah,  October 19, 2009 at 9:02 PM  

2 la psl en.admin..
gile ape die 2..
tp skang i dgr die x kawin2 pon..
hahahha.
opss xbaik ktwakan orang..hehe

encik admin,  October 19, 2009 at 9:44 PM  

hahaha, pdn muke die :)))

Anonymous,  October 26, 2009 at 5:05 PM  

hahahah.. lwaknye entry.. seingat aku. aku x pernah lg tulis srat2 cintan nie.. zaman moden kan.. so main sms jelah.. tp wlaupun sms, kite leh simpan tw..tulis lak kt dlm diari lak.. leh wt kenangan-kenangan.. heheh

encik admin,  October 26, 2009 at 8:39 PM  

yeah, entri ni mmg khas untk lawak je. hahaha. tapi lagi best klau surat. sbb nnt anak2 boleh bace buat rujukan. hahahha

azemsameer,  January 13, 2010 at 2:09 PM  

bapak lawak gila sial!
sumpah!

Anonymous,  February 15, 2010 at 12:23 PM  

ahaks..begitu besar makna surat cinta. Aku pun masih simpan surat cinta pertama ngan pakwe..skang dah jadi hubby aku pun.

encik admin,  February 28, 2010 at 3:03 PM  

no problem :)

Post a Comment


Setiap entri yang ditulis adalah dibawah pengiktirafan Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.