Part II : Love tips and Experiment (Mesej dan telefon ketika bercinta)
Ok, kita sudah habis dengan part 1 iaitu memahami wanita yang tidak faham tentang diri sendiri. Hahaha, jangan marah ye :) Itu hanya hasil kajian 75 peratus je, tak complete lagi. Ahaha. Sebab setiap eksperimen cinta memerlukan masa antara 2 minggu sehingga 2 bulan untuk berjaya. Untuk entri cinta kali ini, encik admin nak memberi tips cara-cara mengenai mesej dan telefon ketika bercinta. Enjoy this entry dan jangan lupa bagi feedback ye.
Pernah tak korang tengok kawan korang 24 jam bermesej, bergayut kat telefon or asyik duk bercerita pasal teman lelaki / teman wanita diorang je? Atau sebenarnya korang sendiri yang macam tu? Pernah tak masa korang lepak-lepak minum ke, shisha ke atau pergi bercuti dengan kawan korang, tapi kawan korang 24 jam dengan handphone je? Tak habis-habis mesej dan telefon makwe / pakwe dorang? Kalau korang pernah nampak kawan korang macam tu atau korang sendiri yang macam tu, ni dah bukan bercinta nama dia, tapi MATI DUDUK. Hahaha. Habis bilanya masa untuk enjoy kalau dah 24 jam dengan pasangan korang je?

