Selamat datang ke blog ini, ianya tentang cinta, kesedihan, tips mengenai cinta, keluarga, dan ianya tentang kita! Tinggalkan komen anda di setiap entri dengan pertanyaan. Terima kasih.

Hari Valentine : Tips Meraikan Bersama Si Dia

Sudah tentu para pembaca yang mempunyai teman wanita / teman lelaki berfikir-fikir bagaimana nak meraikan Valentine's Day ni dengan penuh bermakna kan? Mungkin ada yang terfikir nak pergi bercuti untuk bersama si dia atau mungkin juga ada yang sudah merancang untuk mengkhaskan 14 Februari ini hanya untuk si dia. Tapi sayang sekali, sebab hari valentine jatuh pada hari Isnin iaitu hari pertama bekerja. Kalau ada yang betul-betul sayang dan cintakan kekasih anda, ambil la MC ye. Woopss, saya tak menggalakkan, tapi apa salahnya setahun sekali, kan? Ahah.


Raikan hari penuh bermakna ini dengan penuh kejutan. Wahh, macam iklan lak en :) Hari Valentine ni biasanya sinonim dengan coklat, bunga, kad ucapan cinta, dan juga e-mail untuk yang tersayang. Tapi disebabkan laman sosial sekarang seperti Facebook dan Twitter memudahkan penggunanya untuk meng-hapdate status sesuka hati, maka akan adalah status seperti ini, "Happy Valentine's Day kawan-kawan". Hahaha, dah macam hari raya aidilfitri dah. Betul tak?

Valentine's Day : Sambut dengan romantik atau rock-mantik?

Sempena masuknya bulan Februari yang sejajar dengan Bulan Cinta, hahaha, ini encik admin nak share video lawak bangang berdurasi 0.49 minit untuk hiburan pembaca Arifjer.


Memang lah lawak kalau Cupid pun dah cam Along. Hahaha. enjoy the video ye. After this saya akan post entri mengenai Valentine's Day dan tips-tips serta apa yang perlu anda buat di Hari Valentine.

Part II : Love tips and Experiment (Mesej dan telefon ketika bercinta)

Ok, kita sudah habis dengan part 1 iaitu memahami wanita yang tidak faham tentang diri sendiri. Hahaha, jangan marah ye :) Itu hanya hasil kajian 75 peratus je, tak complete lagi. Ahaha. Sebab setiap eksperimen cinta memerlukan masa antara 2 minggu sehingga 2 bulan untuk berjaya.  Untuk entri cinta kali ini, encik admin nak memberi tips cara-cara mengenai mesej dan telefon ketika bercinta. Enjoy this entry dan jangan lupa bagi feedback ye.

Pernah tak korang tengok kawan korang 24 jam bermesej, bergayut kat telefon or asyik duk bercerita pasal teman lelaki / teman wanita diorang je? Atau sebenarnya korang sendiri yang macam tu? Pernah tak masa korang lepak-lepak minum ke, shisha ke atau pergi bercuti dengan kawan korang, tapi kawan korang 24 jam dengan handphone je? Tak habis-habis mesej dan telefon makwe / pakwe dorang? Kalau korang pernah nampak kawan korang macam tu atau korang sendiri yang macam tu, ni dah bukan bercinta nama dia, tapi MATI DUDUK. Hahaha. Habis bilanya masa untuk enjoy kalau dah 24 jam dengan pasangan korang je?

Part I : Love Tips and The Experiment (Tips Cinta dan Eksperimen)

Kali ni, encik admin nak ceritakan tentang perangai gadis yang susah untuk difahami. Cerita cinta ini khas encik admin eksperimen setelah hampir setahun encik admin tidak meng-hapdate blog ini. Ok. Encik admin juga mengaku yang encik admin hampir-hampir kecewa dan ter'serius' dengan eksperimen ini sendiri. Cerita ini hampir seperti cinta tiga segi tapi tidak. Enjoyy.



Begini ceritanya, gadis ini, Mary ( bukan nama sebenar), seorang yang periang dan mudah bergaul. Dia mampu memikat hati setiap orang yang baru dikenali. Percayalah, pada mulanya encik admin pun hampir-hampir jatuh cinta padanya, tapi setelah diselidik sedalam-dalamnya, barulah dapat tahu perkara sebenar. Paras wajah Mary juga comel dan dia memanglah mempunyai ciri-ciri seorang wanita idaman disamping perangai nya yang manja.

Cerita Cinta : Cinta sejati

Ini adalah video ujibakat American Idol 10. Encik admin dapat video cinta ini dari BeautifulNaradan kisah cinta lelaki ini benar-benar menyayat hati. Apakan tidak, walaupun tunang dia sudah sakit dan tidak mampu untuk berdikari sendiri, dia masih tetap menyayangi dan menyintai tunangnya. Tak perlu cerita panjang lagi, korang semua wajib tengok video ni. Encik admin percaya, kalau tak menangis, bergenang air mata pun confirm.



Tips untuk Wanita : Perihal lelaki yang Penting

Kadang-kadang kalau kita buat sedikit perubahan dlm perhubungan cinta pun best jgk. Tapi tak tahu lah sama ada kebanyakan kaum lelaki menyukainya. Tips-tips cinta ni mungkin sesuai untuk teman lelaki yg berumur 21-30 tahun sahaja mungkin. Tetapi zaman sekarang sudah berubah, ianya tetap sesuai untuk setiap lapisan umur. Sekadar nak kongsi pendapat sahaja yay! =)

1.kadang2 mkn steambot kat tepi jalan pun romantik.
sambil2 kunyah2 blh sembang pasal hubungan romantik kamu dari mula sampai skrg.

2.jangan harap kan dia je nak call. lelaki pun suka wanita yg call,seperti mana wanita juga.


Setiap entri yang ditulis adalah dibawah pengiktirafan Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.